
Tabung Khairat Kematian Surau Abu Bakar Ali Bashah ini diwujudkan bagi meringankan beban pengurusan jenazah oleh ahli waris dengan berkonsepkan takaful iaitu saling bantu-membentu antara satu sama lain.
Tabung Khairat Kematian ini terbuka kepada sesiapa yang berminat berumur 21 tahun dan ke atas. Keahlian adalah terbuka kepada para penduduk di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung sahaja.
Sila muat turun surat makluman yang telah dikeluarkan oleh pihak Surau Abu Bakar Ali Bahshah di bawah untuk mendapatkan info, syarat keahlian, kadar yuran serta borang penyertaan.
Tarikh akhir serahan borang penyertaan kepada pihak surau adalah pada atau sebelum 31 Disember 2026.



