Kutipan Dana
Pembinaan Masjid Taman Bunga Raya
Bukit Beruntung

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan tidak takut melainkan kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Surah At-Taubah : 18)

Marilah bersama-sama berganding bahu, menyatukan hati dan tenaga dalam merealisasikan impian untuk membina MASJID TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG sebagai sebuah pusat ibadah, ilmu dan kegiatan masyarakat yang menjadi manfaat kepada seluruh ummah.

Masjid bukan sekadar tempat menunaikan solat, bahkan menjadi pusat pembentukan masyarakat, penyebaran ilmu, pengukuhan ukhuwah serta tempat berkumpulnya komuniti dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Ayuh kita bersama-sama menyumbang tenaga, masa, idea dan sedekah mengikut kemampuan masing-masing demi menjayakan usaha murni ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Bersama kita bina masjid, bersama kita suburkan ummah.

MASJID TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG
Pusat Ibadah • Pusat Ilmu • Pusat Ukhuwah • Pusat Kegiatan Ummah

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Penaja seperti berikut :

Imam Badrol : 011-3218 7849
En.Yusri : 012-378 2598
En.Hafizan : 010-5041 1023
En.Shamsul : 011-3600 2902

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun yang tertera di bawah :

Nama : JKPP MASJID TMNBUNGARAYA
No. Akaun : 382 5114 400
Bank : Public Bank

Scroll to Top